Saturday, October 11, 2008

DATUK SRK

Another Hari Raya gift? I give up...


Monday, October 06, 2008

CERITA HARI RAYA AKU 1


Selamat Hari Raya to everyone. How was your Raya? Me..EXCELLENT!! Too bad my other half tak boleh nak join due to her commitment nun jauh di seberang sana dunia.


One thing for sure, this raya, aku berpeluang berjumpa semula dengan mereka-mereka yang istimewa dalam hidup aku, friends and relatives. It was surely nice to know that those people, still care for you and the family, something that kadang-kadang kita semua terlupa. It took an old timer, to bring me for a trip down memory lane, and made me thinking “ Wooo..What went wrong? Where was I? What had happened? Why?”


Sorry, aku agak emosional sikit, biasa la, demam raya tak habis lagi. To my friends yang jemput dan menjamu dengan bermacam-macam juadah, tak kira la, nasi ayam ka, lemang ka, ketupat ka, or even the nice gulai kepala ikan nyog-nyog by the Retreat (that was great..), terimakasih tak terhingga untuk anda semua.


Selamat Hari Raya sekali lagi.

LUKA SERIBU RINDU
Sempena musim raya tahun ni, ini lagu pilihan aku:



Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah yang setangkai
Layu dan berguguran

Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit berganti
Terpaksa ku telan jua

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan

Mesranya tingkahmu
Disamping si dia
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku

Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sukarnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Friday, September 19, 2008

HOW SEXY IS YOUR NAME

Hey, I took an online quiz this morning just to see how sexy is my name. They said sexy name attracts the opposite sex better. And..the result :

Your name sounds more mysterious than sexy.
And what's wrong with that? Nothing, having a mysterious sounding name just makes you more interesting to the opposite sex. They not only will remember your mysterious sounding name, they will follow you to the ends of the earth.

Can u believe that!


Thursday, September 18, 2008

RAMADHAN AL MUBARAK

Wow,almost a month since my last posting. Still not too late to wish everyone Selamat Berpuasa. Another two weeks to go..Baju raya dah beli? Kuih raya dah buat or dah beli? And...as a Hari raya gift, I've decided to put up my photo here. There u are, Saidondengki in person!

This hari raya, I'll be celebrating with only my kids as mak depa dah pergi kursus for 3 month kat Belfast. So most likely I'll be heading back to my beloved hometown. Yeah..balik kampung.



Tuesday, August 26, 2008

GREATEST TEAM


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Friday, July 25, 2008

TOM TOM BAK

Apa permainan kita hari ni adik-adik? Ye...main zina-zina.Yes my friends..welcome to an extended version of "main masak-masak" and "main kawin-kawin". Read this one from harian metro and u know what I mean:

Main zina-zina

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini. More

What do we learn from this?

AKASIA - BAJU KASIH

Makcik Senah termenung di depan rumah. Kejap lagi Pak Man mesti balik minum petang. Rutin biasa bagi Pak Man yang sibuk dengan projek ladang jagung, sejak pencen. Cuma, kadang-kadang saja Pak Man singgah minum kat warung Mak Yus, janda beranak lima tak jauh dari ladang jagung Pak Man. Kadang-kadang risau jugak Mak Senah, maklum la dulu masa muda-muda, Pak Man memang dok gila sangat dengan Mak Yus ni, cuma Pak Man ni jenis pemalu. Last-last melopong bila Suib, peon sekolah masuk meminang. Takut juga la Mak Senah, mana tau kot-kot cinta lama berputik kembali. Walaupun umur dah setengah abad, Mak Yus pandai jaga badan.

"Ahh..lantak le,malas nak fikir, baik aku pi jenguk anak menantu kat pekan esok" rungut Mak Senah. Anak tunggal Mak Senah, Anis baru dua bulan berkahwin dengan Kamarul, anak ketua kampung. Lepas seminggu kahwin Kamarul terus ajak Anis pindah ke rumah baru di pekan.

Keesokan harinya...."Assalamualaikum"... "Waalaikumsalam, masuk la mak, Anis dok tengah masak ni" sahut anak kesayangan Mak Senah. "Astaghafirullah..." mengucap panjang Mak Senah tatkala melihat anak kesayangan tengah menggoreng ikan keli tanpa seurat benang. "Pasal apa ni? Tak dak baju nak pakai ka?" tanya Mak Senah.

"jangan la terkejut mak...ni namanya Baju Kasih..saya selalu pakai macam ni kat rumah. Abang Kamarul yang suruh, dia kata bila pakai baju kasih ni, lagi kuat kasih sayang suami isteri" terang Anis dengan muka selamba."Mak pun cuba la pakai kat rumah, bapak mesti sayang." sambung Anis.

Lepas makan Mak Senah pun minta diri untuk pulang. Lega hati dia bila tengok kebahagiaan Anis. Bagaimana kebahagiaan dirinya? Mak Senah tekad, perubahan mesti di buat, biar Pak Man tak pandang lagi Mak Yus.

Mak Senah baru siapkan minum petang bila Pak Man sampai ke rumah dengan kereta Proton Iswara kesayangan."Mak oiii..!! Awat ni Senah?" tanya Pak Man, apa bila Mak Senah melenggang masuk dari dapur. "Tak dak baju nak pakai ka Senah oii..." sambung Pak Man sambil mata melihat ke atas ke bawah akan Mak Senah yang berdiri di depan dia tanpa seurat benang pun di badan. "Alaa..abang ni, ni namanya Baju Kasih, anak kita Anis pun selalu pakai baju kasih ni kat rumah dia, katanya laki dia suka sangat"..terang Mak Senah."Abang ni macam tak suka pulak".

"Aku ni sayang kan kamu tu Senah, aku tak kisah kalau nak pakai baju kasih ni...tapi...."..Pak Man terdiam. "Tapi apa bang??" tanya Senah.
"Tapi.....lain kali SETERIKA la dulu!!
Mak Senah meraung lagi.........SEKIAN

p.s cerita di atas sebenarnya diolah oleh penulis berdasarkan karya asal yang tidak diketahui asal usulnya.terimakasih

Wednesday, July 16, 2008

BOMOH DAJE AND ISTERI MANGKUK

At first I wanted to blog on the debate between Anwar and Shabery but this piece from Harian Metro far better than that la..

Isteri dirogol bomoh dajal

Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my

MUAR: Usaha seorang wanita muda untuk berubat dengan seorang bomoh dipercayai dirasuk makhluk halus berakhir dengan detik hitam dalam hidupnya.

Mangsa disyaki dirogol bomoh terbabit di sebuah rumah di Tanjung Agas di sini, pagi Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sudah berumahtangga ke rumah bomoh itu untuk berubat jam 9 pagi.

Apa yang memilukan ialah tragedi malang yang menimpa wanita berusia 20-an itu berlaku dalam satu ruang di rumah bomoh terbabit ketika ahli keluarga dan suaminya menunggu di luar.

Bomoh terbabit gagal mengawal nafsu serakahnya selepas proses berubat dengan memandikan mangsa yang masih ‘bergetah’.

Ketika dimandikan, mangsa dipercayai bersendirian dengan bomoh terbabit yang berusia 41 tahun.

Keadaan separuh sedar wanita itu akibat dipercayai dirasuk makhluk halus juga memudahkan bomoh ‘dajal’ berkenaan mengambil kesempatan terhadap mangsa tanpa memikirkan kesan tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Muar dua hari kemudian.

Sepasukan polis menahan bomoh itu di rumahnya jam 11 pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.

Katanya, lelaki itu kini ditahan reman enam hari berakhir 20 Julai depan.

What la..u know the wife is "bergetah" and u let the 41 yr old bomoh "mandikan". Really...who's the daje now?